Kehidupan yang semakin mencabar membuatkan fikiran aku bercelaru,lembap dan tidak boleh membuat keputusan dengan cepat. Itulah aku kini. Aku pun tak tahu sejak bila. Kemurungan dah menjadi tabiat aku dah..
Adakah ini dinamakan kekecewaan.
Aku ada terbaca artikel menyatakan bahawa seorang lelaki memang pandai menyimpan emosi mereka. Ye ke? Aku teringat kata2 makcik aku..
" Alaa ngah,suka dan ceria diluar jek kamu tu,dalam merana pelbagai"
Yela tu makcik...huhuhuhu
Aku pegi ofis tempoh hari pun cakap..
"Ko ni napa hah?tak makan ke apa..kontraktor tak bagi makan erk..kurus bebeno ni"
Selamba jek aku jawab..
"Aku inject..(terus wat gaya cam orang hisap dadah tu)"
Kitorang terus gelak
Nak kata aku tak makan,punya la banyak..nak kata turun berat badan tu..ada lah sikit2..
Ntahla,apa2 pun aku akan tetap teruskan kehidupan aku seperti biasa.
Cuma aku masih belum kuat dan bersedia dengan apa yang aku hadapi sekarang..pehh..
No comments:
Post a Comment