Assalamualaikum WBT..
Pertama sekali aku nak ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk merasai hari raya kali ini. Pertama kali juga untuk sekian kalinya aku beraya di rumahku sendiri di Segamat.
Dan untuk sekian kalinya aku berasa amat sedih dan sayu umpama tidak bermakna raya aku kali ini.
Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada si dia andai ada terguris hati,terkasar bahasa dan membuatkan dia sedih..maaf ku pinta. Dikesempatan ini aku juga ingin menyatakan betapa aku sentiasa merindui dia,menyayangi dia,dan menyintai dia..raya kali ini tidak bermakna tanpa dia disisi aku. Apapun aku harap dia gembira dengan apa yang dia lakukan,apa yang difikirkan dan apa yang diputuskan. Terima kasih kerana menjadi cintaku yang mngkn sukar dcari ganti, terima kasih kerana menjadi cinta sejati pertamaku, terima kasih kerana sntiasa sabar dengan kerenahku, terima kasih kerana sentiasa memberikan kebahagiaan kepadaku dan terima kasih untuk semuanya..Aku juga ingin memohon maaf kepadanya andai selama ini aku ada tidak menyatakan aku sayang kamu kerana hati ini terlalu excited menyayangimu sehingga kelu lidah tuk mengucapkannya..diri ini amat menyayangi kamu.. Ampun maaf dipinta. Selamat hari raya.
Dengan peluang yang ada ini aku juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada bapaku. Anakanda memohon ampun dan maaf andai selama ini mengguriskan hati ayahanda. Namun hati ini saja yang tahu betapa anakanda amat menyayangi kamu. Segala apa yang ayahanda lalui harap tempuhinya dengan sabar dan tabah. Anggaplah ia cubaan dan dugaan dari Allah. Semoga sentiasa menjadi ayahanda yang terbaik buat anak2. Selamat hari raya abah..
Kepada semua rakan2,skandal2,kekasih2 gelapku..ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa terguris perasaan..tiada niat dihati untuk membuatkan kalian kecewa,sedih,dan negatif thinking..Selamat hari raya..
Dan kepada bakal isteriku yang aku tidak tahu dimana ia berada, Selamat hari raya maaf zahir batin. Maaf tahun ini abang tak dapat nak beraya bersama,Insyaallah tahun depan....kirimsalam kat mak abah ye..:)
Kepada semua.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Selamat hari raya.
No comments:
Post a Comment