Pertama kali aku memohon maaf andai ada yang terasa dan ada yang emo atas apa yang aku tuliskan di blog aku ini.
Bukan untuk mengaibkan,bukan untuk memalukan dan bukan juga membangkitkan kemarahan sesapa..cuma ingin memberi peringatan,pengajaran,teladan kepada diri aku sendiri khususnya dan kepada korang amnya. Jika selama ini ada yang terguris..ku mohon sepuluh jari memohon maaf..
Kadang2 kita manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan..
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri aku sendiri.
So andai kata aku terkasar bahasa selepas ini,andai aku membuatkan kamu semua terguris,aku mohon maaf awal2..=)
Entri aku kali ini aku cuma nak kongsi dengan korang mengenai diri kita sendiri.
Pernah tak korang terfikir untuk kembali kepada masa2 lalu??takde?tipulaa korang..
Yup,sebagai manusia sesungguhnya aku bersyukur atas apa yang telah Allah berikan..dan sebagai manusia juga aku tidak dapat lari dari memikirkan hal2 yang tidak sepatutnya aku fikirkan seperti kembali ke zaman dl..Korang nak tau tahun bilakah jika diberi peluang untuk aku kembalikan?
2005
Tahun ini merupakan titik perjalanan dan hala tuju aku sekarang. Bila difikirkan sejenak,jika dapat dikembalikan ke zaman itu,macam2 dapat aku lakukan supaya tidak menjadi seperti sekarang. Banyak agenda berlaku pada tahun itu. Suka duka pahit manis semuanya bermula ditahun itu. Andai aku dapat melangkah dengan betul ketika itu,aku rasa aku tidak seperti sekarang..
Aahhh..apa yang perlu aku takutkan..6 tahun dulu perkara yang dah lepas..sekarang 2011..
fikirkan ke depan. Jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Keutamaan aku selalunya adalah untuk jangka masa panjang. Aku selalu memikirkan hal2 sedemikian. Contohnya,jika aku nak beli kereta baru,pertama sekali aku fikir adalah keluarga@isteri,cukupkah makan minum pakaian,hutang itu ini lagi..isskk..banyak laa.Kadang2 aku sampai tak terfikir untuk diri sendiri. Adoiii..so camner tu..??
Namun aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana aku masih boleh berfikiran waras dan mampu untuk menempuh segala dugaan dan cabaran di muka bumi ini. Dan sempena bulan yang mulia ini aku berharap aku dapat menjadi seorang yang teguh imannya dan menjadi muslimin yang diberkati Allah.

No comments:
Post a Comment