MAri KIta Berchatting

Friday, 28 January 2011

cter2 3

Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Qasha terbangun dari tidur sambil menggosokkan matanya yang berat itu. Zack masih lagi tidur dan terdengar sesekali bunyi anjing menyalak.

"Hoi Mamat, kau tak membute lagi ke hah?"
Terpampang si Mamat di depan PC di bilik Qasha sedang mengadap Football Manager 2005 yang semakin menjadi kegilaan geng2 Qasha.
"Lom laa, aku tengah layan FM ni, tak perasan lak dah pagi.hehehe..jangan marah aa." Mamat berkata perlahan sambil sesekali memandang tempat Zack tidur. Takut gak nanti Zack sedar habis satu rumah bising. Almaklum waktu Zack tidur tidak ada seorang pun dari mereka yang berani kacau,jika tidak selamat la mereka semua.

"Dah la wei..nanti bangun si Zack ni..baru ko tau..tak pasal2 kang kau tak boleh masuk bilik keramat kami ni. Dah kempunan kau nak main FM..hahahaha." Ceramah Qasha.
"OK2..tengah save jap..pasni aku off,ye prof."Pantas Mamat mematikan PC tersebut dan terus ke biliknya.

Selepas saja solat subuh, Qasha melabuhkan dirinya dikatilnya sambil fikirannya melayang dan berfikir apa akan jadi sebentar nanti. Bermacam2 perkataan dan ayat2 yang nak dikeluarkan nanti tatkala bila dapat berjumpa dengan Ayu. Sedang asyik mengelamun,Qasha terkejut.

"Triingggg...tringgg...tringg...."Jam loceng Zack berbunyi.
"Cis,terkejut aku. Baru nak berangan,isk..kul berapa ni,nanti aku terlepas lak nak jumpa Ayu."Bisik hati Qasha.

Jam menunjukkan 7.30 pagi. Qasha mengambil tualanya di tingkap dan terus ke bilik air. Hampir 10 minit kemudian, Qasha keluar dan terus menyiapkan diri untuk ke kelas. Dengan seluar slack berkemeja pink, agak kemas Qasha pada hari itu. Selesai je mnyiapkan diri, Qasha menunggu di beranda dan melihat di sekitar jalan untuk melihat kelibat Ayu.
"Manala ayu ni,dah 8.15 dah ni. Atau aku dah terlepas ni". Bisik hati Qasha..

Tiba2...

SAMBUNG KEMUDIAN..

No comments: