Qasha memunggah semua barang2nya ke atas.Aduhai,mana blok B-BB-0201 ni..bisik hati Qasha.
Dalam beberapa minit Qasha sampai ke destinasi BB-0201. Qasha terus memberi salam dan membuka pintu namun tiada jawapan diberikan. Erm,aku yang pertama ke kat bilik ni?senyap jek, bisik hati Qasha.
Selepas mengemas biliknya tiba-tiba ada orang menyapanya.
Mamat : Assalamualaikum. baru sampai ke?saya Mamat, baru gak smpai pg tadi..bilik sy kat dpn
tu.
Qasha : Waalaikumsalam, a'ah baru smpai, ingat takde orang tadi, saya Qasha.
Mamat: Ada jek tadi..tido..hehee..dari mana nie? saya dari Simpang Ampat.
Qasha : oooo..saya dari Johor,eh...kita berdua jek ke?
Mamat: Buat masa ni begitu la..ok la,ko buat la keje ko dulu. Aku nak keluar kejap. OK?
Qasha : OK.
Maka bermulalah persahabatan dua orang itu. Biasalah, pada permulaan perkenalan agak kekok kedua2nya dalam menuturkan perbicaraan. Namun makin lama semakin akrab persahabatan mereka. Selang beberapa minggu kemudian muncul Zack mendaftarkan diri diikuti Jeff. Maka riuhla rumah @ bilik mereka dengan telatah mereka. Mamat yang agak lepas berbicara, Zack yang agak skema, dan Jeff yang sentiasa dengan cerita mengarutnya. Sejak itu ke mana saja mereka mesti ada bersama. Ke kelas,makan hinggakan keluar ke pekan.
Ketika dalam perjalanan ke kelas, Qasha memperlahankan langkah. Dia terasa seperti satu aura yang telah memperlahankan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Degupan jantungnya berdegup kencang. "Ahh..napa aku ni," bisik hati Qasha.
Sementara itu terlihat seorang gadis berbaju kuning sedang berjalan sambil berborak dengan rakan2nya. Sama ada dia perasan atau tidak, sepasang biji mata memandangnya dengan penuh minat. Dengan senyuman yang manis dan menampakkan lesung pipit di pipi kirinya menambahkan lagi keayuan gadis tersebut. Dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, dia adalah yang paling kecil dan keletahnya membuatkan si pemuda tadi mematikan langkahnya.
"Hoii Qasha,apa yang ko tengok tu. Dah cepat, kang lambat lak ke kelas..ntah apa2 la ko ni " Jerit Ali.
"Ok2..jap2.."
Sejak hari tu Qasha sentiasa menanti peluang untuk bersemuka dan menatap wajah gadis ayu itu. Paling tidak pun sehinggakan dia sudah menghafal waktu bila dia boleh lihat gadis tersebut. Nak tegur malu,aaahhh....senyum jek laa..bisik hati Qasha. Namun setiap kali bertentang mata atau berjumpa, Qasha hanya melemparkan senyuman dan si gadis tadi membalasnya.
"Takpe2,nanti aku akan tegur dia", bisik hati Qasha.
Setiap hari dan setiap malam ada aje akal si Qasha untuk bertentang mata dengan gadis itu. Namun masih belum berani untuk berkata2 cuma senyuman dan lambaian saja. Pernah satu ketika dia ternampak gadis itu bersama2 rakannya keluar ke kedai. Dengan alasan untuk membeli makanan,Qasha berjalan berseorangan ke kedai semata-mata untuk bertentang mata. Di saat itu, hanya lambaian dan sapaan HAI saja menjadi keberanian dia. Namun ia sudah cukup meyakinkan Qasha yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.
TO BE CONTINUE
No comments:
Post a Comment