Udara dingin tiba-tiba menyentuh dan menyentap sisa2 kulitku. Tiba2 aku terasa sayu,sepi dan memerlukan seseorang disisi. Hujan seperti tidak bernokhtah. Sentiasa membasahi isi2 bumi dengan titik2 halusnya yang telah menyebabkan pekan Segamat tenggelam seketika. Kini, hati aku meronta2 ingin pergi kepadanya namun apakan daya,kisah lalu menjadi penghalang buat diriku untuk pergi kepadanya. Aku rindu padanya,aku rindu belaiannya,aku rindu tawa manjanya dan aku rindu lesung pipitnya.
Namun aku redha, aku harus bersabar. Kesabaran setiap insan pasti membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Dengan izin Allah,Insyaallah pasti bertaut jua aku dengannya. Aku sentiasa berdoa semoga dirinya sentiasa dalam keadaan baik,tenang dan tabah dalam menghadapi segala rintangan dan seperti bait2 lagu Hady Mirza yang sedang berkumandang yang ntah sampai bila akan aku letakkan di blog ni,aku tetap menunggumu. Kerana aku amat menyintainya dan amat merinduinya. Ikhlas dari hati aku. Tiada kompromi dan paksaan. Hanya engkau saja yang tau betapa aku amat menyayangimu dan aku berharap yang apa yang kita impikan akan terlaksana.
To all readers,doakan kebahagiaan kami dan semoga kami kekal sehingga anak cucu dan sehingga ke akhir hayat.
Ikhlas buat tunangku...
1 comment:
Aminnn ~ :)
Post a Comment