MAri KIta Berchatting

Friday, 28 January 2011

~~CiNtA~~

Wah...dah lain jek tengok pada tajuk entry aku hari ni.
Salam readers..sebelum aku meneruskan cter2 aku tu yang dah episod ke 2 dah tu selepas siapnya monolog, aku sekadar nak menempiaskan sisa2 ilmu yang ada di hati tentang tajuk entry.
Ni semua penangan tema Raja Lawak minggu ni laa di mana KOPI O terkeluar.
Sepanjang rancangan tersebut bermacam2 cerita mengenai cinta.Dari bomoh hingga ke hantu. Dahsyat sungguh penangan cinta ni kan?

Berbalik pada perasaan cinta itu sendiri, kita sebagai makhluk tuhan semestinya merasai nikmat yang hanya sementara ini. Cinta sesama makhluk hinggakan cintak kepada tuhan. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai manusia dan Umat islam khususnya perlu menyemai perasaan ini terutama kepada Yang Maha Esa dan kepada ibu bapa.

Perkataan CINTA juga kita boleh lihat dalam peribahasa atau puisi2. Misalnya cinta buta, cinta bandar tasik selatan..eh..cam tajuk lagu jek tu..dan mcam2 lagi la. Terlalu subjektif dan terlalu mendalam untuk ditafsirkan dan dihuraikan.

Namun, sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari CINTA ini. Paling tidak pun untuk remaja zaman sekarang ni. CINTA kadang2 boleh dibuat satu permainan. Mula2 dengan orang ini,lepas tu si Peah atau ALi, bulan depan dengan Siti atau Bulat,mereka mengibaratkan CINTA itu satu percubaan dan bila dah tidak ada dibuang dan dibiarkan begitu aje.Apa kejadah semuanya ini.

Apalah salah kiranya perasaan CINTA itu disemai,dibajai dan dirasai dengan betul dan yakin. Jika kita rasai dan kita bajai dengan betul kita akan tau betapa nikmatnya mempunyai perasaan ini. Bukti..anda cintakan negara anda bukan?apa yang anda buat untuk membuktikan cinta anda pada negara? Tepuk dada tanya selera.
Begitu juga pada pasangan anda.Apa yang anda akan buktikan kepada pasangan anda yang anda CINTA padanya? Tanyalah pada diri anda sendiri.
Yang paling penting..adakah anda cinta pada agama anda??Apa yang anda lakukan??
Bagaimana kita menyemai cinta kita pada agama?Bagaimana?Tepuk bantal habuk berterbangan, Soalnya hati kuatkan pegangan.

Kadang2 aku sendiri tidak dapat untuk mentafsirkan perkataan CINTA pada diriku. Adakah cukup cintaku pada agama,bangsa,negara,keluarga dan orang yang aku sayang?Mungkin pemikiran manusia berbeza dan jika pada diriku..aku dapat simpulkan selagi aku hidup aku akan sentiasa membajai dan menyemai perasaan cinta ini sehingga akhir hayat.Aku tidak tau bagaimana aku nak tafsirkan dan mengekspresikan perasaan cinta aku ini kepada mereka. Pada agama akan aku sanjung dan kuletakkan di martabat paling tinggi,pada bangsa akan aku bela,pada negara akan aku pertahankan,pada keluarga akan aku jaga dan pada orang yang aku sayang akan aku serahkan jiwa raga.

Kesimpulannya sayangilah semua makhluk tuhan kerana mereka juga mempunyai perasaan..



No comments: