Di suatu pagi yang redup,si ibu dan si anak sedang berehat-rehat di bilik si ibu.
Qasha : Mak, saya ingat saya nak sambung belajar la mak. Mak pun dah makin sembuh, adik pun
dah boleh jaga diri, boleh kan mak?
Mak : Erm...betul ke kau nak sambung belajar? nanti sapa nak jaga mak?
Saat itu, Qasha tak mampu nak berbuat apa2. Diam dan tunduk. Sesekali matanya melihat ibunya yang telah menderita angin ahmar sejak 3 tahun yang lalu.
Qasha : Insyaallah mak, mak makin sihat dan saya tau mak akan sembuh. Lagipun takkan saya
nak camni jek mak? saya cemburu tengok kawan2 saya berjaya. Dah berkejaya..
Mak : Erm...jika itu yang terbaik untuk kau..mak ok jek,yang penting kau belajar bersungguh2
jangan hampakan mak.
Qasha : Baik mak, Qasha janji!! Qasha akan bawak mak bila Qasha konvo nanti..ok mak?
Saat itu kedua2 ibu dan anak ini berpelukan dan tanpa segan silu Qasha menitiskan air matanya.
" Terima kasih mak," bisik Qasha.
Beberapa bulan kemudian Qasha diterima masuk ke sebuah kolej dalam bidang kejuruteraan. Ketika bersiap sedia untuk ke kolej,
Qasha : Mak, Qasha pergi dulu ye, mak jaga diri..Hujung minggu ni Qasha balik..
Mak : Erm..kau taknak jaga mak lagi ke??sapa nak jaga mak nanti??
Qasha : Jangan cakap camtu mak,adik ada..kak long dan abg long pun ada..diorang akan jg mak.
Mak : Erm...jaga diri di tempat orang,nanti dah sampai sana telefon mak.
Selepas itu kedua2 mereka bersalaman. Qasha tidak dapat menahan sebak. Ibu yang dijaganya selama 3 tahun di mana dia sanggup berhenti belajar semata-mata untuk ibunya akan ditinggalkannya. Ibunya hanya mampu melihat dia di tingkap bilik kerana tidak mampu untuk berjalan.Abah menghantar Qasha sehingga selesai semuanya di kolej.
No comments:
Post a Comment