MAri KIta Berchatting

Saturday 29 January 2011

~~Selamat Mengundi~~


Salam readers..Nampaknya malam ni adalah malam2 terakhir kepada calon PRK DUN Tenang untuk berkempen. Dengan cuaca yang agak tidak elok,hujan sepanjang hari membuatkan para calon tidak senang duduk untuk meraih undi penduduk DUN Tenang yang dianggarkan berjumlah 6,00o lebih orang.
Kepada calon-calon yang bertanding gunakan kesempatan ini untuk membantu para penduduk sekitar dan janganlah masa berkempen sahaja menjanjikan itu ini,bila menang haram satu apa pun takde.
Kepada para pengundi,jalankan kewajipan anda dengan sebaiknya dan mana2 umat2 yang diluar DUN sila jangan mengganggu para pengundi. Esok adalah hari mereka,biar mereka sendiri yang memilih siapa yang mereka percaya.

Kepada calon2,adat bertanding,menang kalah perkara biasa. Jika menang,lakukan kewajipan yang telah diberikan. Bagi yang kalah nanti,terimalah kekalahan ini dengan seadanya.

Negara kita negara yang berdemokrasi dan berbilang kaum. Alangkah manisnya jika semua bangsa negara kita bersatu padu dan tidak berpecah belah. Orang luar pun kagum bagaimana negara kita boleh bersatu padu walhal kita berlainan bangsa dan agama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

SAYA SAYANG NEGARA SAYA

No comments: