Selepas jek makan malam tu dengan Mamat,Jeff dan Zack, Qasha pun mengambil peluang ni untuk menelefon gadis tersebut. Time tu punya la gemuruhnye perasaan si Qasha ni. Jam di tangan menunjukkan jam 10.30 malam, kelibat manusia di sekitar telefon awam pun dah tak ramai. Dengan perlahan Qasha melangkah ke telefon tersebut.
Duit 20sen dimasukkan dan mendail no yang telah diberikan oleh Zack tadi. Tertulis nama Ayu dan nombornya sekali. Menggigil jugak si Qasha ni nak menelefon.
trutt..trutt..trutt...
Ayu : Hello..
Qasha : Haii..assalamualaikum,erm...Ayu kan?
Ayu : Waalaikumsalam..ye saya..sapa ni erk?
Qasha: erm,saya laa..tak kenal erk?erm..tadi kawan saya mntak no phone awk tadi??
Ayu : ooooo..awk...snow cap...ok2..kenal2..ingat sapa tadi
Qasha : Nasib la kenal..anyway..thanks sebab bagi no awk ye?
Ayu : Its ok.. saya ingat baru nak bagi no public phone..tapi nanti susah lak awk..
Qasha : hahaha..amboi...takpe2..saja jek ni..salam perkenalan dari saya..Qasha..
Ayu : Ok..salam perkenalan gak..
Qasha : erm..esk awak kelas pukul berapa?pagi kan?erm..boleh kita jalan sama2..lagipun
klas sy pun pagi gak..boleh?
Ayu : erm..ok gak.saya keluar dalam kul 8.15 pagi camtu..boleh ke?kot2 bangun lewat lak org tu.
Qasha : Hish...mana ada..ok..deal..jumpa esok..k la..thanks again..assalamualaikum
Ayu : Waalaikum salam..
Dengan berseri-seri muka si Qasha tu melangkah ke biliknya. Malam tu,Qasha tak dapat melelapkan mata dan tidak sabar untuk menunggu pagi esok. Satu hari di mana bermulanya perjalanan kisah Ayu dan Qasha.
To BE Continued
No comments:
Post a Comment